Tuesday 30 July 2013

8 Jenis Makanan Untuk Kesihatan Mata

Teks: Ruth Muareen

Tidak semua orang bertuah memiliki penglihatan yang sempurna. Tetapi mengekalkan penglihatan yang sempurna bukanlah sesuatu yang boleh diperolehi tanpa usaha. 


Di zaman teknologi serba canggih ini, banyak alternatif rawatan moden yang boleh merawat masalah penglihatan. Tetapi, bagaimana jika anda tidak yakin dengan rawatan moden? Menitikberatkan pada cara pemakanan anda sememangnya wajar kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. 

Berikut adalah makanan yang boleh membantu untuk mengekalkan dan memperbaiki penglihatan anda; 



Lobak Merah 
Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah. 



Teh 
Jika anda menggemari segala jenis teh, anda sedang melakukan tindakan yang betul untuk mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta. 



Bawang Putih & Bawang Merah 
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata. 



Kacang Walnut 
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata. 



Tomato 
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata. 



Kacang Soya
Jika anda merupakan peminat kicap dan tempe, anda tentu gembira mengetahui bahawa kacang soya merupakan salah satu makanan penting untuk mata . Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering. 



Telur
Percaya atau tidak, telur juga baik untuk penglihatan. Sebatian sulfur, protein dan cysteine membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata. 



Brokoli 
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.





Monday 29 July 2013

Jalani Kehidupan yang Lebih Baik Dengan Banyakkan Ketawa

Teks: Ruth Muareen



Apabila kita rasa gembira dan ketawa, secara tidak langsung akan membantu  kita meningkatkan tahap tenaga, meningkatkan imuniti dan oksigen ke badan

Saturday 27 July 2013

Pokok Beracun yang Bahaya

Teks: Ruth Muareen



Kaum wanita khususnya memang sinonim dengan tanaman pokok bunga. Namun demikian, ada sesetengah pokok yang cantik pada pandangan mata kasar tetapi sebenarnya beracun yang tidak kita ketahui.


Contoh seperti pokok ini yang sering dijumpai di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari negara Afrika seperti Kenya, Rwanda dan Uganda . Senang tumbuh di iklim negara ini. Daunnya yang besar dan menghijau selalu diletakan di kawasan taman awam.

Pokok hiasan ini didapati sangat beracun dan boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang daripada 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letakkan diruang tamu atau ditempat letak kereta mungkin membawa padah.

Kesan apabila tergigit daun beracun ini, lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini dinasihatkan supaya memusnahkan pokok ini dengan segera.



Sunday 21 July 2013

Rahsia Lahir Bulan Julai

Teks: Ruth Muareen

Aktiviti blogwalking ni memang menyeronokan. Di sini saya nak kongsikan salah satu artikel yang saya baca mengenai bulan kelahiran mengikut kajian Yg Berbahagia Dato' Dr Fadzilah Kamsah. Ini adalah hasil kajian mengenai seseorang itu yang dilahirkan pada bulan Julai seperti saya.



JULAI
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja
Adakah anda mempunyai ciri-ciri seperti yang ditulis diatas? Tepuk dada tanyalah selera.....Sekian sahaja coretan kali ini. Terima kasih...