Tuesday 20 August 2013

Cara menangani Stres

Teks: Ruth Muareen

Lama dah tak update blog kerana kesibukan kerja. Hari ni nak kongsi  5 cara tangani stres dalam masa  5 minit. Cara ini bukan sahaja boleh di praktikkan oleh wanita, tetapi lelaki juga ya. 



Periksa jadual harian 
Luangkan masa sekurang - kurangnya 10 minit sebelum balik setiap hari untuk anda memeriksa atau merancang jadual kerja anda pada hari esok. Setiap pagi sebelum anda memulakan kerja, rancang dahulu jadual anda dengan mengenal pasti tugasan mana yang penting untuk disiapkan terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda akan lebih teratur dan merasa lebih tenang.


Mendengar muzik
Muzik dapat mengurangkan stres, meningkatkan emosi dan juga mengurangkan tekanan darah. Pemilihan muzik yang bersesuaian juga dapat mengubah diri anda menjadi lebih tenang. 


Regangan 
Angkat tangan dan letakkan di atas kepala, atau berjalan seketika di luar pejabat atau ke tandas merupakan salah satu jenis regangan. Ragangan dapat meningkatkan pengaliran darah dan meregangkan otot.

Bersihkan meja 
Jika anda merasa diri anda sedang stres, Kemas meja anda. Anda tidak perlu mengubah kedudukan atau peralatan di atas meja. Anda Cuma perlu susun sahaja supaya meja anda lebih teratur dan rapi. Meja yang bersih dan teratur boleh mengurangkan tekanan darah anda dan menjadikan anda berasa lebih tenang.

Hidu aroma lemon dan lavender 
Sebuah penyelidikan di Jepun mendapati, zat linalool dalam lemon dapat mengurangkan 'stress'. Aroma lavender juga mampu menurunkan stres anda.

Selamat Mencuba!

1 comment:

  1. Wahhh, terima kasih. Tips yang sangat-sangat berguna. Susah juga nak urus stress ni. Mungkin kita rasa ok, tp bimbang baby yg stress. huhuhuhu

    ReplyDelete