Teks: Ruth Muareen
Lama dah tak update blog kerana kesibukan kerja. Hari ni nak kongsi 5 cara tangani stres dalam masa 5 minit. Cara ini bukan sahaja boleh di praktikkan oleh wanita, tetapi lelaki juga ya.
Periksa jadual harian
Luangkan masa sekurang - kurangnya 10 minit sebelum balik setiap hari untuk anda memeriksa atau merancang jadual kerja anda pada hari esok. Setiap pagi sebelum anda memulakan kerja, rancang dahulu jadual anda dengan mengenal pasti tugasan mana yang penting untuk disiapkan terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda akan lebih teratur dan merasa lebih tenang.
Mendengar muzik
Muzik dapat mengurangkan stres, meningkatkan emosi dan juga mengurangkan tekanan darah. Pemilihan muzik yang bersesuaian juga dapat mengubah diri anda menjadi lebih tenang.
Regangan
Angkat tangan dan letakkan di atas kepala, atau berjalan seketika di luar pejabat atau ke tandas merupakan salah satu jenis regangan. Ragangan dapat meningkatkan pengaliran darah dan meregangkan otot.
Bersihkan meja
Jika anda merasa diri anda sedang stres, Kemas meja anda. Anda tidak perlu mengubah kedudukan atau peralatan di atas meja. Anda Cuma perlu susun sahaja supaya meja anda lebih teratur dan rapi. Meja yang bersih dan teratur boleh mengurangkan tekanan darah anda dan menjadikan anda berasa lebih tenang.
Hidu aroma lemon dan lavender
Sebuah penyelidikan di Jepun mendapati, zat linalool dalam lemon dapat mengurangkan 'stress'. Aroma lavender juga mampu menurunkan stres anda.
Selamat Mencuba!
Mom's Natural Secret
It's All About Healthy Living & A Better Life for Everyone...
Tuesday, 20 August 2013
Friday, 2 August 2013
Air Kosong
Teks: Ruth Muareen
Mulakan hari anda dengan meminum 1 - 2 gelas air kosong sebelum mengambil sarapan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Bermula awal metabolisme akan memberikan anda peningkatan tenaga sepanjang hari, ia juga membantu untuk membakar lebih banyak kalori untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Thursday, 1 August 2013
Arang untuk Kecantikan
Teks: Ruth Muareen
4) Nyahkan toksik
dalam kulit untuk kulit bebas radikal
5) Menghilangkan parut jerawat
6) Menghilangkan bau badan
7) Menjadikan gigi lebih putih
8) Membersihkan kulit kelapa dan mengurangkan kelemumur
Berikut merupakan rawatan ringkas yang boleh anda lakukan di rumah dengan menggunakan tablet arang.
Arang merupakan karbon yang mengandungi oksigen
serta boleh menyerap gas dan toksin berbahaya. Dalam regimen kecantikan, arang
banyak memberi manfaat kepada tubuh badan antaranya:
1) Membersihkan muka dan melembutkan wajah
2) Mengurangkan jerawat dan bintik hitam
3) Membersih jauh ke dalam untuk menghapuskan kotoran dan minyak
1) Membersihkan muka dan melembutkan wajah
2) Mengurangkan jerawat dan bintik hitam
3) Membersih jauh ke dalam untuk menghapuskan kotoran dan minyak
6) Menghilangkan bau badan
7) Menjadikan gigi lebih putih
8) Membersihkan kulit kelapa dan mengurangkan kelemumur
Berikut merupakan rawatan ringkas yang boleh anda lakukan di rumah dengan menggunakan tablet arang.
Rawatan
pemutihan gigi
Jika anda merasakan gigi anda kurang bersinar dan berwarna kekuningan, jangan bazirkan duit untuk berjumpa pakar gigi. Sebaliknya, hancurkan tablet arang, letakkan ubat gigi di berus gigi anda dan celupkan berus gigi yang mengandungi ubat gigi tersebut dalam serbuk arang itu tadi. Pada mulanya, anda pasti terkejut melihat mulut anda yang kehitaman, namun setelah dicuci, anda pasti akan dapat melihat perbezaannya.

Masker
arang
Hasilkan masker arang dengan menggunakan bahan-bahan yang ringkas seperti lidah buaya. Hancurkan satu hingga dua tablet arang dan campurkan ia dengan minyak pokok teh dan gel lidah buaya untuk membuat pes. Lumurkan pada wajah anda dan biarkan ia kering. Setelah itu, bilas dan lap sehingga bersih. Kulit pasti akan menjadi lebih segar dan bermaya.

Skrub badan
Jika anda menghadapi masalah bau badan, anda
boleh membuat skrub arang dengan gula perang, pati minyak dan tablet arang yang
telah dihancurkan menjadi serbuk. Campurkan sekali bahan-bahan tersebut dalam
satu bekas dan gaul sehingga sebati. Lumurkan di bahagian yang terbabit seperti
di bahagian kaki atau bahagian bawah lengan dan urut bahagian tersebut sewaktu
mandi. Kemudian, bilas badan anda sehingga kering.
Tuesday, 30 July 2013
8 Jenis Makanan Untuk Kesihatan Mata
Teks: Ruth Muareen
Berikut adalah
makanan yang boleh membantu untuk mengekalkan dan memperbaiki penglihatan anda;
Tidak semua orang bertuah memiliki penglihatan yang
sempurna. Tetapi mengekalkan penglihatan yang sempurna bukanlah sesuatu yang boleh diperolehi tanpa usaha.
Di zaman teknologi serba canggih ini, banyak alternatif rawatan moden yang boleh
merawat masalah penglihatan. Tetapi, bagaimana jika anda tidak yakin dengan rawatan moden? Menitikberatkan pada cara pemakanan anda sememangnya wajar kerana mencegah lebih baik daripada
mengubati.
Lobak
Merah
Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.

Teh
Jika anda menggemari segala jenis teh, anda sedang melakukan tindakan yang betul untuk mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, iakan menyebabkan kebocoran darah dan cecair
yang menjurus kepada bintik buta.
Jika anda menggemari segala jenis teh, anda sedang melakukan tindakan yang betul untuk mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia
Bawang
Putih & Bawang Merah
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.
Kacang
Walnut
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3,
Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi
radang mata.
Tomato
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.
Kacang
Soya
Jika anda merupakan peminat kicap dantempe , anda tentu gembira
mengetahui bahawa kacang soya merupakan salah satu makanan penting untuk mata .
Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon.
Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.
Jika anda merupakan peminat kicap dan
Telur
Percaya atau tidak, telur juga baik untuk
penglihatan. Sebatian sulfur, protein dan cysteine membantu melindungi mata
daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi
penjagaan mata.
Brokoli
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam
badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian
belakang mata.
Monday, 29 July 2013
Jalani Kehidupan yang Lebih Baik Dengan Banyakkan Ketawa
Teks: Ruth Muareen
Apabila kita rasa gembira dan ketawa, secara tidak langsung akan membantu kita meningkatkan tahap tenaga, meningkatkan imuniti dan oksigen ke badan
Saturday, 27 July 2013
Pokok Beracun yang Bahaya
Teks: Ruth Muareen
Kaum wanita khususnya memang sinonim dengan tanaman pokok bunga. Namun demikian, ada sesetengah pokok yang cantik pada pandangan mata kasar tetapi sebenarnya beracun yang tidak kita ketahui.
Pokok hiasan ini didapati sangat beracun dan boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang daripada 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letakkan diruang tamu atau ditempat letak kereta mungkin membawa padah.
Kesan apabila tergigit daun beracun ini, lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini dinasihatkan supaya memusnahkan pokok ini dengan segera.
Kaum wanita khususnya memang sinonim dengan tanaman pokok bunga. Namun demikian, ada sesetengah pokok yang cantik pada pandangan mata kasar tetapi sebenarnya beracun yang tidak kita ketahui.
Contoh seperti pokok ini yang sering dijumpai di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari negara Afrika seperti Kenya, Rwanda dan Uganda . Senang tumbuh di iklim negara ini. Daunnya yang besar dan menghijau selalu diletakan di kawasan taman awam.
Pokok hiasan ini didapati sangat beracun dan boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang daripada 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letakkan diruang tamu atau ditempat letak kereta mungkin membawa padah.
Kesan apabila tergigit daun beracun ini, lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini dinasihatkan supaya memusnahkan pokok ini dengan segera.
Sunday, 21 July 2013
Rahsia Lahir Bulan Julai
Teks: Ruth Muareen
Aktiviti blogwalking ni memang menyeronokan. Di sini saya nak kongsikan salah satu artikel yang saya baca mengenai bulan kelahiran mengikut kajian Yg Berbahagia Dato' Dr Fadzilah Kamsah. Ini adalah hasil kajian mengenai seseorang itu yang dilahirkan pada bulan Julai seperti saya.

JULAI
- Sangat suka didamping.
- Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
- Agak pendiam kecuali dirangsang.
- Ada harga dan maruah diri.
- Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
- Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
- Sangat menjaga hati orang lain.
- Sangat peramah.
- Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
- Berjiwa sentimental.
- Jarang berdendam.
- Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
- Tidak suka benda remeh-temeh.
- Membimbing cara fizikal dan mental.
- Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
- Layanan yang serupa terhadap semua orang.
- Tinggi daya simpati.
- Pemerhatian yang tajam.
- Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
- Mudah dan rajin belajar.
- Suka muhasabah diri.
- Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
- Suka mendiamkan diri.
- Suka duduk di rumah.
- Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
- Tidak agresif kecuali terpaksa.
- Lemah dari segi kesihatan perut.
- Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
- Minta disayangi.
- Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
- Terlalu mengambil berat.
- Rajin dalam membuat kerja
Subscribe to:
Posts (Atom)